Heret suami lumpuh 500 meter

on Sunday, October 16, 2011 with 0 comments
Get All The Latest Updates...

1. Follow EntryBest Online on Facebook

2. Subscribe to the EntryBest Online News


Enter your email address:

3. Subscribe to the EntryBest Online RSS
Subscribe in a reader



Wanita dengar jeritan jiran selamatkan pasangan daripada rentung 

RANTAU PANJANG: Tindakan pantas seorang isteri yang sanggup bertaruh nyawa mengheret suaminya yang lumpuh menyelamatkan mereka daripada rentung dalam kebakaran yang memusnahkan tujuh daripada 12 rumah serta dua kedai di Pekan Rantau Panjang di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.50 malam itu, Mohd Rosdi Rashid yang lumpuh akibat serangan angin ahmar, cedera pada kaki ketika diselamatkan isterinya, Rubiah Loman.
Rubiah berkata, sebelum kejadian, mereka berdua menonton televisyen di ruang tamu rumah sambil menunggu kepulangan anak bongsu, Nurul Fatin Nor Shafieyka yang keluar membeli juadah makan malam di restoran berhampiran. 

“Kami dikejutkan dengan bunyi bising dan jeritan yang menyuruh kami menyelamatkan diri. Sejurus itu, saya terus memikirkan keselamatan suami yang lumpuh sejak 18 bulan lalu. Saya terus menarik serta mengheret suami saya biarpun api sudah membakar sebahagian rumah. 

“Syukurlah kami selamat walaupun kaki suami cedera akibat diheret kira-kira 500 meter untuk ke tempat selamat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, malam kelmarin. 

Sementara itu, Nurul Fatin Nor Shafieyka berkata, beliau tidak sempat membuat pesanan makanan apabila suasana tiba-tiba riuh dengan jeritan orang ramai. 
“Saya bersyukur kerana ibu dan bapa selamat. Saya juga kasihankan emak yang terpaksa bersusah payah mengheret ayah,” katanya sambil menambah ayahnya menerima rawatan pesakit luar di Pusat Pusat Kesihatan Rantau Panjang selepas kejadian itu. 

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri, Anuarrulhakim Mohny, berkata pihaknya menerima panggilan orang awam kiri-kira jam 8.55 malam dan tiba di tempat kejadian, kira-kira lima minit kemudian. 

“Punca kejadian masih disiasat dan kerugian dianggarkan kira-kira RM300,000,” katanya. 




Related Search :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

EntryBest Online




EntryBest Online gathers entries from all around the world through different websites and blogs. We are sorry that we are unable to state all the source of the entries. If you are the owner of the entries and not happy with it, please kindly contact us at jasonblake88@gmail.com. Thank you!


Category: Local News , News

POST COMMENT

0 comments:

Post a Comment

.
.